Pages

Thursday 19 May 2011

Program Gerakan Subuh Perdana

Kepada Muslimin dan Muslimat yang berminat boleh lah hadir .Untuk maklumat lanjut boleh melayari laman sesawang http://www.jawi.gov.my/index.php?lang=bm

Tuesday 10 May 2011

Program Mingguan Surau Al-Munawwarah

Ucapan Pengerusi Surau



Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, tuhan sekelian alam, selawat dan salam buat Nabi junjungan Muhammad s.a.w.
Saya bersyukur kerana dengan izinNya jua Laman Web Surau Al-Munawwarah Parcel  5R3 dapat dibangunkan . Terima kasih yang tidak terhingga daripada  Setiausaha  Surau Al-Munawwarah Parcel  5R3 yang telah berusaha untuk membina laman web ini untuk ahli kariah Presint  5R3 khasnya dan warga Putrajaya secara amnya. 
Secara umumnya, tujuan laman web ini diwujudkan sebagai salah satu saluran ahli jawatankuasa Surau Al-Munawwarah menyampaikan maklumat berkaitan aktiviti surau, selain itu beberapa nasihat dan info ringkas berkaitan isu-isu semasa agama Islam turut disentuh agar anak-anak kariah sentiasa prihatin terhadap perkembangan terkini.

Besarlah harapan Ahli Jawatankuasa Surau Al-Munawwarah  agar anak-anak kariah dapat mengambil manafaat dan pengajaran daripada apa yang telah dipaparkan dalam laman web ini. Segala fakta dan bahan yang disiarkan dalam web ini diambil dari pelbagai bahan yang pada pandangan ahli jawatankuasa boleh dijadikan panduan kepada anak-anak kariah dalam menjalani hidup sebagai seorang muslim

Disamping itu pihak Surau Al-Munawwarah juga dalam perancangan untuk  menyediakan perkhidmatan Wi-Fi (Wireless Fidelity) untuk jemaah dan ahli kariah menggunakan internet secara percuma. Semoga dengan adanya kemudahan ini nanti , Surau Al-Munawwarah dapat dijadikan tempat untuk aktiviti kemasyarakatan disamping beribadah serta menarik lebih ramai lagi jemaah datang ke Surau. Diharap semua pihak menggunakan kemudahan ini secara berhikmah dan bertanggungjawab
Ahli jawatankuasa juga amat mengalu-alukan segala pandangan dan komen sekiranya ada untuk meningkatkan lagi mutu laman web Surau Al-Munawwarah ini. Dan sekiranya ada pengunjung yang berminat memberi sumbangan bagi menjayakan aktiviti-aktiviti surau ini, sila hubungi ahli jawatankuasa surau atau dengan memasukkan sumbangan ke dalam akaun bank surau (Bank Islam Malaysia Berhad) bernombor 16018010016590. Dan terima kasih yang tak terhingga kepada sesiapa yang telah memberi sumbangan sama ada secara langsung atau tidak. Hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalasnya.
Sekian. Wasalam



Tuan Haji Hamlud Bin Safiai
Pengerusi Surau Al-Munawwarah
Presint 5R3, Putrajaya

Friday 1 April 2011

Memohon Sumbangan Dana Surau Al-Munawwarah



Wahai tuan para bangsawan
Murahlah hati lagi dermawan
Sekolah kami memerlukan bantuan
Sudilah kiranya tuan menghulurkan sumbangan

TUJUAN DANA SURAU   
 Untuk melengkapkan perkakasan surau
Memudahkan segala aktiviti yang akan dan sedang dirancagkan sepanjang tahum 2011 


CARA SUMBANGAN 
Boleh menghubungi secara talian untuk mendapat keterangan lebih lanjut
atau sumbangan terus kepada
AKAUN BANK ISLAM CAWANGAN PUTRAJAYA :16018010016590

Kini Sah

Putrajaya ,7 Jan 2011 : Sejarah terpahat apabila Surau Al-Munawwarah kini telah didaftarkan di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Putrajaya.Segala aktiviti  boleh dijayakan dengan menggukana nama Surau Al-Munawwarah Parcel 5R3.